Selasa, 2 September 2014
kuih bakar simple
dah lama saya tak update blog.... tapi sekarang saya nak kongsi pelbagai utk korang semua .. resepi yang simple simple jer... okay lah ..resepi ni mudah je .. resepi kuih bakar ringkas bahan 3cawan tepung gandum 1 cawan minyak masak, 5sudu besar susu cair,sedikit garam,sedikit air,1 biji telor cara masukkan tepung gandum kemudian masukkan garam gaul rata,masukkan minyak masak dan telor kacau lagi kemudian masukkan air secukupnya..
Jumaat, 20 September 2013
resepi makanan
Resepi Bubur Pulut Hitam
Bahan:
1/2(setengah) cawan beras pulut hitam
1/2 karet nise kampung(nise kampung besar dan tebal jadi kalau guna nise siam 1 ++ karet)
secubit dua garam
santan 3/4 cawan
air secukupnya
daun pandan 2 helai
Cara buat bubur pulut hitam:
Rebus beras pulut hitam sampai empuk, tapi jangan sampai pecah beras dan jangan sampai kering air. Bila dah empuk masukkan nise kampung dan daun pandan. Bila nise dah hancur baru masukkan santan dan garam. RESEPI AYAM KICAP
Bahan2nya:
Bahan:
1/2(setengah) cawan beras pulut hitam
1/2 karet nise kampung(nise kampung besar dan tebal jadi kalau guna nise siam 1 ++ karet)
secubit dua garam
santan 3/4 cawan
air secukupnya
daun pandan 2 helai
Cara buat bubur pulut hitam:
Rebus beras pulut hitam sampai empuk, tapi jangan sampai pecah beras dan jangan sampai kering air. Bila dah empuk masukkan nise kampung dan daun pandan. Bila nise dah hancur baru masukkan santan dan garam. RESEPI AYAM KICAP
Bahan2nya:
- 6 ketul kepingan ayam diperap garam kunyit
- bawang merah besar 2 labu *sebiji untuk dimayang dan ditumis, sebiji lagi untuk dihiris sebagai hiasan*
- bawang puteh 1 ulas *dicincang halus*
- halia muda 2 inci *dihiris macam batang mancis*
- cili merah *dimayang sebagai hiasan*
- sos cili
- sos tomato
- kicap manis cap kipas udang
- setengah cawansedikit air masak
- dua tiga helai daun limau purut
- Goreng ayam hingga masak sempurna
- Guna kuali lain, tumis bawang merah yang dimayang, bawang puteh serta halia.
- Masukkan kicap tiga empat renjis diikuti dengan sesudu besar sos cili dan sos tomato
- Tambahkan sedikit air masak.
- Bila dah nampak cantik berkilat, masukkan ayam, balik2kan dalam kuah tadi.
- Masukkan lebihan air masak, hirisan bawang merah, cili merah dan daun limau purut. Kecilkan api.
- Biarkan kuah likat dan nampak naik minyak, baru ditutup api.
- Dah siap.... wangiiii bau ayam kicap tu bila dah masuk daun limau purut... hehe
gulai ayam nasi dagang
resepi gulai ayam Bahan-bahannya:
- Ayam setengah ekor dipotong dan dibersihkan
- santan RM0.50 sen *memang nampak sikit santannya tapi kuahnya nanti akan cantik sebab masak guna api kecil*
- rempah kari ayam 1 paket(kalau paket biasa brand Adabi) *macam saya, guna rempah kari dari Kelantan....tapi takpe, boleh je guna apa2 brand sekalipun....saya kalau terputus bekalan pun guna je rempah kari mana2*
- ubi kentang 4 biji
- # bawang merah besar(bawang India) 3 labu
- # halia 1 setengah inci
- # bawang putih 1 atau 2 ulas
- # cili kering 5 tangkai direndam, dibersihkan
- rempah 4 sekawan(kulit kayu manis +++)
- 2 asam keping
- garam secukup rasa
- manisan/gula melaka secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
- Mesin bahan yang bertanda # kemudian tumiskan kesemuanya. Kemudian masukkan rempah 4 sekawan. Dikacau-kacau sebentar sebelum diikuti dengan rempah kari yang telah dijadikan pes(campur sedikit air masak)
- Biarkan rempah betul2 masak.
- Kemudian masukkan ayam, balik2kan biar bersalut dengan rempah di dalam periuk. Masak guna api kecil kalau tidak dikhuatiri hangit pula jadinya.
- Biarkan ayam kecut dan masak sebati...*langkah ini orang Kelantan bagi gelaran "Matti Hawas .... ;p
- Masukkan asam keping.
- Ok, sampai time masukkan santan dan 'air masak'. Curahkan perlahan2 'air masak' di sekeliling bahan dalam periuk*bukan bump di tengah2*
diikuti santan. Godek2kan santan dan air biar bercampur. Bahan2 ditengah biarkan saja tenggelam perlahan2, jangan dikacau* - Bila santan dah mula menggelegak, masukkan kentang. Biarkan masak dengan menggunakan api kecil. Gulai bolehlah di kacau sekali-sekali.
- Bila kentang dah empuk, bolehlah dimasukkan garam dan manisan.
- Gulai dah sedia untuk dihidangkan. Gulai yang dimasak tengahari akan lebih terasa sedapnya bila nak makan untuk time dinner. Orang kata dah "berpalut"rasanya, berbeza dengan rasa baru2 masak...... hehe
makanan kelantan
Resepi Nasi Dagang Kelate
- 1kg beras nasi dagang *dibasuh dan direndam semalaman*
- santan kemancar(santan cair) 1 mangkuk
- santan pekat 1 mangkuk
- bawang merah 5 - 6 ulas
- halia 1 inci
- sedikit halba
- garam
- gula
- Beras yang direndam dibasuh bersih kemudian ditoskan.
- Sementara itu mayang halus bawang serta halia.
- Kukus nasi dagang selama 15 minit.
- Angkat dan alihkan dalam besen besar kemudian di arung dengan santan kemancar. Arung biar sebati santan dengan nasi yang separuh masak itu.
- Kukus lagi selama 20 minit.
- Angkat dan akhirnya arung dengan santan pekat yang dah dicampur garam dan gula + bawang merah + halia + halba.
- Biarkan selama beberapa ketika baru boleh dihidangkan.
makanan
Resepi Pulut Mangga ala Thai
Bahan-bahan:
2 biji mangga manis - buang kulit & potong ikut suka
250 gram beras pulut - rendam selama 4jam atau lebih
100ml santan
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan - dicarik
Cara penyediaan:
Toskan pulut yang telah direndam dan kukus selama 15minit.
Masukkan garam dalam santan dan kacau hingga larut.
Gaul pulut yang telah dikukus bersama santan sehingga rata.
Masukkan daun pandan dan kukus semula pulut sehingga masak , anggaran selama 20 minit.
Kuah santan:
Bahan-bahan:
150ml santan
150ml air
4 sudu besar gula
1/4 sudu teh garam
2 heai daun pandan - ikat simpul
4 sudu kecil tepung jagung - larutkan dengan sedikit air
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung di dalam periuk. Masak atas
api sederhana hingga gula larut. Masukkan tepung jagung dan masakhingga
pekat.
Resepi Croquette Kentang dan Sardin
Bahan-bahan:
1 sudu makan minyak zaitun
1 biji bawang besar - cincang
200g sardin dalam tin
3 biji kentang - rebus, kupas kulit & lenyek
Garam dan serbuk lada sulah/lada hitam secukup rasa
1.5 sudu makan sweet relish (sejenis acar - boleh didapati di pasaraya)
2 biji limau nipis - ambil jusnya sahaja
1 biji telur
2 cawan serbuk roti
1 cawan minyak masak
Cara penyediaan:
Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan bawang dan tumis hingga layu.
Masukkan sardin dan kentang lenyek. Hancurkan sardin dan tambahkan garam serta serbuk lada secukup rasa. Tutup api.
Masukkan sweet relish dan jus limau. Gaul hinga mesra. Biarkan sejuk sedikit anggaran selama 5 minit.
Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti oval dengan menggunakan tangan. Buat hingga habis.
Letakkan serbuk roti ke dalam pinggan leper.
Pukul
telur dan celup setiap croquette satu per satu. Golekkan croquette yang
telah dicelup pada serbuk roti sehingga tersalut dengan sempurna. Susun
dalam pinggan leper atau dulang dan sejukkan ke dalam peti ais selama
30 minit.
Panaskan minyak masak. Goreng croquette sehingga warna keemasan dan rangup.
Sedia untuk dihidangkan bersama mayonis atau sos thoudsand island.
Hidang pulut yang telah dimasak bersama potongan mangga dan santan.
resepi aiskrim
Aiskrim Goreng
Bahan-bahan
:
10 keping roti putih
5 scope aiskrim (apa-apa perisa)
Plastik wrap ( untuk bungkus
roti)
Minyak untuk menggoreng
Cara
Membuatnya :
1. Lembabkan roti dengan air atau
gelekkan roti tersebut untuk mendapatkan roti yang sederhana padat.
2. Skopkan aiskrim ke atas roti
ditengah-tengahnya.
3. Tutupkan aiskrim dengan sekeping
roti lagi.
4. Tekan menggunakan cawan
plastik supaya roti terputus. Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak
meleleh keluar. Buang lebihan roti yang berada di sekeliling cawan.
5. Balut dengan plastik pembalut
dan simpan dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman.
6. Keluarkan dari tempat pembeku
dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan goreng
terlalu lama. Paling kurang 1-2 minit sahaja tetapi pastikan minyak betul-betul
panas. Sedia untuk dinikmati.
4. Bekukan hingga keras dan sedia
untuk dinikmati.
Aiskrim Asam Ko
Bahan-bahan :
Beberapa biji buah asam ko
Gula
Air secukupnya
Cara Membuatnya :
1. Larutkan gula di dalam air
panas. Kemudian masukkan air masak hingga cukup rasa manisnya seperti yang
dikehendaki.
2. Masukkan sebiji buah asam ko
ke dalam plastik aiskrim. Jika hendak jimat, boleh dibelah dua dan masukkan
sebelah sahaja.
3. Seterusnya, tuangkan air gula
yang dibancuh tadi. Ikat hujung plastik tersebut dengan kemas.
Aiskrim Kelapa Muda
Bahan-bahan :
Buah kelapa muda (ambil isi dan
airnya)
Air gula secukupnya
Plastik aiskrim
Cara Membuatnya :
Campurkan air kelapa muda bersama
air gula secukup rasa.
Masukkan air gula hingga air kelapa terasa manis dan enak.
Masukkan air gula hingga air kelapa terasa manis dan enak.
Tuangkan air tersebut ke dalam plastik
aiskrim dan masukkan sedikit isi kelapa. Ikat dengan kejap.
Kemudian, bolehlah dibekukan di
dalam peti sejuk.
Enak dinikmati ketika cuaca panas
dan boleh disimpan lama.
Aiskrim Goreng Salut Bread Crum
Aiskrim Kacang Hijau
Bahan-bahan
:
2 ½ cawan kacang hijau (direndam
semalaman)
1 biji kelapa dijadikan santan
1 ½ cawan gula merah
Gula pasir secukupnya
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)
Cara
Membuatnya :
Rebus kacang hijau sehingga
empuk.
Sementara itu, masak gula merah
bersama sedikit air sehingga semua gula larut. Tutup api dan tapis menggunakan
penapis.
Setelah kacang hijau empuk,
masukkan gula merah yang dimasak tadi bersama gula pasir secukupnya.
Masukkan pula santan, sedikit
garam dan juga daun pandan.
Tunggu hingga mendidih. Tutup api
dan dibiarkan sejuk. Setelah itu, boleh dimasukkan ke dalam plastik dan
dibekukan dalam peti sejuk.
Aiskrim Goreng Salut Bread Crum
Bahan-Bahan
-4 keping roti
-aiskrim kegemaran
-bread crum secukupnya
-1 biji telur [ dipukul sedikit ]
Cara-Cara
- Ratakan roti hingga leper.
- Letak aiskrim ditengah-tengah roti yang leper tersebut.
- Tutup aiskrim dengan sekeping roti lagi.
- Tekap dengan gelas getah. Pastikan kedua-dua belah roti bercantum supaya aiskrim tak meleleh keluar.
- masukkan kedalam bekas plastik dan simpan semalaman dalam tempat sejuk beku.
- Setelah semalaman, keluarkan dari peti sejuk. Pukul telur, salut seluruh aiskrim dan golek-golek atas bread crum.
- Simpan semula di tempat sejuk beku sehingga sedia digoreng.
- Masa nak goreng, pastikan minyak betul-betul panas dengan api kuat. Goreng kurang dari satu minit supaya aiskrim tak cair.
- Sedia dinikmati.
Aiskrim Float
Bahan-BahanBahan-Bahan-sirap ros-minuman berkarbonat perisa aiskrim soda-aiskrim perisa strawberi-kiub ais secukupnyaCara-Cara- Masukkan kiub ais kedalam gelas.
- Tuang sedikit sirap dan kemudian masukkan air berperisa aiskrim soda.
- Ambil satu scoop aiskrim dan letak di tengah gelas.
- Sedia dinikmati.
Bahan-bahannyaHOME MADE ICE-CREAM
1 tin susu pekat manis-505ML
1 1/2 Tin air ( GUNA TIN SUSU TADI)
2 sudu besar ovalet
1 biji kuning telur
perisa/ pewarna/ buah-buahan segar
** Untuk kali ini saya gunakan pes strawberi, coklat emulco dan perisa keladi
Caranya
Pukul kuning telur dan ovalet sehingga kembang menggunakan pembancuh kuih.Masukkan susu pekat manis dan air- bancuh sehinggan sebati.
Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut perisa yang dikehendaki. Dan ini yang dah siap dituang ke dalam bekas...berlapis-lapis lagi dan kemudiann meletakkan buah-buahan segar didalamnya dan rasanya tidak mengecewakan. Cubalah dengan buah-buahan kegemaran anda.
Sejukkan di dalam peti ais semalaman.
Bolehlah dihias dan dihidangkan.
Aiskrim Coffeemate
Bahan-bahan :200 gram coffeemate (1 bungkus)1 liter susu UHT Dutch Lady apa-apa perisa (1 kotak besar)Coklat urai (jika suka)Cara Membuatnya :1. Campurkan kedua-dua bahan ke dalam blender dan kisarkan sehingga berbuih.2. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga separuh beku.3. Selepas itu, masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi sehingga hancur.4. Masukkan ke dalam bekas dan taburkan coklat urai di atasnya.5. Sejukkan sehingga beku. Sedia untuk dinikmati.
homemade ice cream
Bhn2 (dapat satu tupperware besar)
1/2 cwn fresh cream
1/2 cwn susu cair
1/4 cwm susu pekat
1/4 cwn air kosong
1 1/2 sb emulco (coklat/jagung/starwberry.. etc )
1 sb ovallet
Cara2 nyer..
campur suma bahan mix ngn mixer sampai gebu dan naik 2x ganda.. simpan dalam pembeku...
Senang sangat kan.....
Langgan:
Catatan (Atom)