Aiskrim Goreng
Bahan-bahan
:
10 keping roti putih
5 scope aiskrim (apa-apa perisa)
Plastik wrap ( untuk bungkus
roti)
Minyak untuk menggoreng
Cara
Membuatnya :
1. Lembabkan roti dengan air atau
gelekkan roti tersebut untuk mendapatkan roti yang sederhana padat.
2. Skopkan aiskrim ke atas roti
ditengah-tengahnya.
3. Tutupkan aiskrim dengan sekeping
roti lagi.
4. Tekan menggunakan cawan
plastik supaya roti terputus. Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak
meleleh keluar. Buang lebihan roti yang berada di sekeliling cawan.
5. Balut dengan plastik pembalut
dan simpan dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman.
6. Keluarkan dari tempat pembeku
dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan goreng
terlalu lama. Paling kurang 1-2 minit sahaja tetapi pastikan minyak betul-betul
panas. Sedia untuk dinikmati.
4. Bekukan hingga keras dan sedia
untuk dinikmati.
Aiskrim Asam Ko
Bahan-bahan :
Beberapa biji buah asam ko
Gula
Air secukupnya
Cara Membuatnya :
1. Larutkan gula di dalam air
panas. Kemudian masukkan air masak hingga cukup rasa manisnya seperti yang
dikehendaki.
2. Masukkan sebiji buah asam ko
ke dalam plastik aiskrim. Jika hendak jimat, boleh dibelah dua dan masukkan
sebelah sahaja.
3. Seterusnya, tuangkan air gula
yang dibancuh tadi. Ikat hujung plastik tersebut dengan kemas.
Aiskrim Kelapa Muda
Bahan-bahan :
Buah kelapa muda (ambil isi dan
airnya)
Air gula secukupnya
Plastik aiskrim
Cara Membuatnya :
Campurkan air kelapa muda bersama
air gula secukup rasa.
Masukkan air gula hingga air kelapa terasa manis dan enak.
Masukkan air gula hingga air kelapa terasa manis dan enak.
Tuangkan air tersebut ke dalam plastik
aiskrim dan masukkan sedikit isi kelapa. Ikat dengan kejap.
Kemudian, bolehlah dibekukan di
dalam peti sejuk.
Enak dinikmati ketika cuaca panas
dan boleh disimpan lama.
Aiskrim Goreng Salut Bread Crum
Aiskrim Kacang Hijau
Bahan-bahan
:
2 ½ cawan kacang hijau (direndam
semalaman)
1 biji kelapa dijadikan santan
1 ½ cawan gula merah
Gula pasir secukupnya
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)
Cara
Membuatnya :
Rebus kacang hijau sehingga
empuk.
Sementara itu, masak gula merah
bersama sedikit air sehingga semua gula larut. Tutup api dan tapis menggunakan
penapis.
Setelah kacang hijau empuk,
masukkan gula merah yang dimasak tadi bersama gula pasir secukupnya.
Masukkan pula santan, sedikit
garam dan juga daun pandan.
Tunggu hingga mendidih. Tutup api
dan dibiarkan sejuk. Setelah itu, boleh dimasukkan ke dalam plastik dan
dibekukan dalam peti sejuk.
Aiskrim Goreng Salut Bread Crum
Bahan-Bahan
-4 keping roti
-aiskrim kegemaran
-bread crum secukupnya
-1 biji telur [ dipukul sedikit ]
Cara-Cara
- Ratakan roti hingga leper.
- Letak aiskrim ditengah-tengah roti yang leper tersebut.
- Tutup aiskrim dengan sekeping roti lagi.
- Tekap dengan gelas getah. Pastikan kedua-dua belah roti bercantum supaya aiskrim tak meleleh keluar.
- masukkan kedalam bekas plastik dan simpan semalaman dalam tempat sejuk beku.
- Setelah semalaman, keluarkan dari peti sejuk. Pukul telur, salut seluruh aiskrim dan golek-golek atas bread crum.
- Simpan semula di tempat sejuk beku sehingga sedia digoreng.
- Masa nak goreng, pastikan minyak betul-betul panas dengan api kuat. Goreng kurang dari satu minit supaya aiskrim tak cair.
- Sedia dinikmati.
Aiskrim Float
Bahan-BahanBahan-Bahan-sirap ros-minuman berkarbonat perisa aiskrim soda-aiskrim perisa strawberi-kiub ais secukupnyaCara-Cara- Masukkan kiub ais kedalam gelas.
- Tuang sedikit sirap dan kemudian masukkan air berperisa aiskrim soda.
- Ambil satu scoop aiskrim dan letak di tengah gelas.
- Sedia dinikmati.
HOME MADE ICE-CREAM
1 tin susu pekat manis-505ML
1 1/2 Tin air ( GUNA TIN SUSU TADI)
2 sudu besar ovalet
1 biji kuning telur
perisa/ pewarna/ buah-buahan segar
** Untuk kali ini saya gunakan pes strawberi, coklat emulco dan perisa keladi
Caranya
Pukul kuning telur dan ovalet sehingga kembang menggunakan pembancuh kuih.Masukkan susu pekat manis dan air- bancuh sehinggan sebati.
Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut perisa yang dikehendaki. Dan ini yang dah siap dituang ke dalam bekas...berlapis-lapis lagi dan kemudiann meletakkan buah-buahan segar didalamnya dan rasanya tidak mengecewakan. Cubalah dengan buah-buahan kegemaran anda.
Sejukkan di dalam peti ais semalaman.
Bolehlah dihias dan dihidangkan.
Aiskrim Coffeemate
Bahan-bahan :200 gram coffeemate (1 bungkus)1 liter susu UHT Dutch Lady apa-apa perisa (1 kotak besar)Coklat urai (jika suka)Cara Membuatnya :1. Campurkan kedua-dua bahan ke dalam blender dan kisarkan sehingga berbuih.2. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga separuh beku.3. Selepas itu, masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi sehingga hancur.4. Masukkan ke dalam bekas dan taburkan coklat urai di atasnya.5. Sejukkan sehingga beku. Sedia untuk dinikmati.
homemade ice cream
Bhn2 (dapat satu tupperware besar)
1/2 cwn fresh cream
1/2 cwn susu cair
1/4 cwm susu pekat
1/4 cwn air kosong
1 1/2 sb emulco (coklat/jagung/starwberry.. etc )
1 sb ovallet
Cara2 nyer..
campur suma bahan mix ngn mixer sampai gebu dan naik 2x ganda.. simpan dalam pembeku...
Senang sangat kan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan