Jumaat, 20 September 2013

resepi makanan

Resepi Bubur Pulut Hitam
Bahan:
1/2(setengah) cawan beras pulut hitam
1/2 karet nise kampung(nise kampung besar dan tebal jadi kalau guna nise siam 1 ++ karet)
secubit dua garam
santan 3/4 cawan
air secukupnya
daun pandan 2 helai

Cara buat bubur pulut hitam:
Rebus beras pulut hitam sampai empuk, tapi jangan sampai pecah beras dan jangan sampai kering air. Bila dah empuk masukkan nise kampung dan daun pandan. Bila nise dah hancur baru masukkan santan dan garam. RESEPI AYAM KICAP
Bahan2nya:
  • 6 ketul kepingan ayam diperap garam kunyit
  • bawang merah besar 2 labu *sebiji untuk dimayang dan ditumis, sebiji lagi untuk dihiris sebagai hiasan*
  • bawang puteh 1 ulas *dicincang halus*
  • halia muda 2 inci *dihiris macam batang mancis*
  • cili merah *dimayang sebagai hiasan*
  • sos cili
  • sos tomato
  • kicap manis cap kipas udang
  • setengah cawansedikit air masak
  • dua tiga helai daun limau purut
Cara:
  1. Goreng ayam hingga masak sempurna
  2. Guna kuali lain, tumis bawang merah yang dimayang, bawang puteh serta halia.
  3. Masukkan kicap tiga empat renjis diikuti dengan sesudu besar sos cili dan sos tomato
  4. Tambahkan sedikit air masak.
  5. Bila dah nampak cantik berkilat, masukkan ayam, balik2kan dalam kuah tadi.
  6. Masukkan lebihan air masak, hirisan bawang merah, cili merah dan daun limau purut. Kecilkan api.
  7. Biarkan kuah likat dan nampak naik minyak, baru ditutup api.
  8. Dah siap.... wangiiii bau ayam kicap tu bila dah masuk daun limau purut... hehe
** nota: Tak perlu ditambah garam sebab rasa kicap dah secukup rasa ditambah dengan ayam goreng yang dah digaram-kunyit.

gulai ayam nasi dagang

resepi  gulai ayam Bahan-bahannya:
  • Ayam setengah ekor dipotong dan dibersihkan
  • santan RM0.50 sen *memang nampak sikit santannya tapi kuahnya nanti akan cantik sebab masak guna api kecil*
  • rempah kari ayam 1 paket(kalau paket biasa brand Adabi) *macam saya, guna rempah kari dari Kelantan....tapi takpe, boleh je guna apa2 brand sekalipun....saya kalau terputus bekalan pun guna je rempah kari mana2*
  • ubi kentang 4 biji
  • # bawang merah besar(bawang India) 3 labu
  • # halia 1 setengah inci
  • # bawang putih 1 atau 2 ulas
  • # cili kering 5 tangkai direndam, dibersihkan
  • rempah 4 sekawan(kulit kayu manis +++)
  • 2 asam keping
  • garam secukup rasa
  • manisan/gula melaka secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
  1. Mesin bahan yang bertanda # kemudian tumiskan kesemuanya. Kemudian masukkan rempah 4 sekawan. Dikacau-kacau sebentar sebelum diikuti dengan rempah kari yang telah dijadikan pes(campur sedikit air masak)
  2. Biarkan rempah betul2 masak.
  3. Kemudian masukkan ayam, balik2kan biar bersalut dengan rempah di dalam periuk. Masak guna api kecil kalau tidak dikhuatiri hangit pula jadinya.
  4. Biarkan ayam kecut dan masak sebati...*langkah ini orang Kelantan bagi gelaran "Matti Hawas .... ;p
  5. Masukkan asam keping.
  6. Ok, sampai time masukkan santan dan 'air masak'. Curahkan perlahan2 'air masak' di sekeliling bahan dalam periuk*bukan bump di tengah2*
    diikuti santan. Godek2kan santan dan air biar bercampur. Bahan2 ditengah biarkan saja tenggelam perlahan2, jangan dikacau*
  7. Bila santan dah mula menggelegak, masukkan kentang. Biarkan masak dengan menggunakan api kecil. Gulai bolehlah di kacau sekali-sekali.
  8. Bila kentang dah empuk, bolehlah dimasukkan garam dan manisan.
  9. Gulai dah sedia untuk dihidangkan. Gulai yang dimasak tengahari akan lebih terasa sedapnya bila nak makan untuk time dinner. Orang kata dah "berpalut"rasanya, berbeza dengan rasa baru2 masak...... hehe

makanan kelantan

Resepi Nasi Dagang Kelate
  • 1kg beras nasi dagang *dibasuh dan direndam semalaman*
  • santan kemancar(santan cair) 1 mangkuk
  • santan pekat 1 mangkuk
  • bawang merah 5 - 6 ulas
  • halia 1 inci
  • sedikit halba
  • garam
  • gula
Caranya:
  1. Beras yang direndam dibasuh bersih kemudian ditoskan.
  2. Sementara itu mayang halus bawang serta halia.
  3. Kukus nasi dagang selama 15 minit.
  4. Angkat dan alihkan dalam besen besar kemudian di arung dengan santan kemancar. Arung biar sebati santan dengan nasi yang separuh masak itu.
  5. Kukus lagi selama 20 minit.
  6. Angkat dan akhirnya arung dengan santan pekat yang dah dicampur garam dan gula + bawang merah + halia + halba.
  7. Biarkan selama beberapa ketika baru boleh dihidangkan.

makanan kelantan

Resepi Laksam  Bahan-bahan:

Bahan Laksam:
3 cawan tepung beras
6 sudu besar tepung jagung
6 cawan air
sedikit garam

Bahan kuah:
3 ekor ikan sardin
1 gelas santan
½ biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
2 sudu kerisik
Sedikit lada sulah
2 asam keping
1 inci lengkuas
Gram dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan tambahan (jika suka):
Telur rebus
Daun salad
Timun – potong halus
Taugeh
Sambal belacan
Cili tumbuk
Kacang panjang – potong kecil-kecil


Cara-cara penyediaan:
Penyediaan laksam:
Satukan kesemua bahan laksam dan gaul sehingga sebati. Ketepikan dan perap sema ½ jam. Sementara itu panaskan kukusan.
Sapu sedikit minyak pada loyang atau pinggan leper, masukkan ke dalam kukusan. Tuang 2 senduk adunan laksam pada loyang/pinggan dan sapu hingga rata dan nipis.
Kukus sehingga masak, agak keras tetapi tidak berair.
Keluarkan dari kukusan dan biarkan sejuk sedikit sebelum digulung.
Gulung memanjang dan potong kecil.

Penyediaan kuah:
Rebus ikan sehingga masak.

Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai dan halia.

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar.

Masukkan asam keping, kerisik, lengkuas, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga naik bau.

Tapis ikan dari air rebusan, simpan air rebusan. Kisar ikan sehingga hancur dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kacau hingga rata.

Tapiskan air rebusan ikan kedalam periuk dan kacau sehingga mendidih.

Masukkan santan dan kacau lagi hingga mendidih.

Rasa garam dan gula, tambah jika perlu. Tutup api.


Sajikan potongan laksam bersama bahan-bahan tambahan dan kuah.

makanan

Resepi Pulut Mangga ala Thai

Bahan-bahan:

2 biji mangga manis - buang kulit & potong ikut suka
250 gram beras pulut - rendam selama 4jam atau lebih
100ml santan
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan - dicarik

Cara penyediaan:

Toskan pulut yang telah direndam dan kukus selama 15minit.
Masukkan garam dalam santan dan kacau hingga larut.
Gaul pulut yang telah dikukus bersama santan sehingga rata.
Masukkan daun pandan dan kukus semula pulut sehingga masak , anggaran selama 20 minit.

Kuah santan:

Bahan-bahan:

150ml santan
150ml air
4 sudu besar gula
1/4 sudu teh garam
2 heai daun pandan - ikat simpul
4 sudu kecil tepung jagung - larutkan dengan sedikit air

Cara penyediaan:

Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung di dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga gula larut. Masukkan tepung jagung dan masakhingga pekat.
Resepi Croquette Kentang dan Sardin

Bahan-bahan:

1 sudu makan minyak zaitun
1 biji bawang besar - cincang
200g sardin dalam tin
3 biji kentang - rebus, kupas kulit & lenyek
Garam dan serbuk lada sulah/lada hitam secukup rasa
1.5 sudu makan sweet relish (sejenis acar - boleh didapati di pasaraya)
2 biji limau nipis - ambil jusnya sahaja
1 biji telur
2 cawan serbuk roti
1 cawan minyak masak

Cara penyediaan:

Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan bawang dan tumis hingga layu.
Masukkan sardin dan kentang lenyek. Hancurkan sardin dan tambahkan garam serta serbuk lada secukup rasa. Tutup api.

Masukkan sweet relish dan jus limau. Gaul hinga mesra. Biarkan sejuk sedikit anggaran selama 5 minit.

Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti oval dengan menggunakan tangan. Buat hingga habis.

Letakkan serbuk roti ke dalam pinggan leper.

Pukul telur dan celup setiap croquette satu per satu. Golekkan croquette yang telah dicelup pada serbuk roti sehingga tersalut dengan sempurna. Susun dalam pinggan leper atau dulang dan sejukkan ke dalam peti ais selama 30 minit.

Panaskan minyak masak. Goreng croquette sehingga warna keemasan dan rangup.

Sedia untuk dihidangkan bersama mayonis atau sos thoudsand island.
Hidang pulut yang telah dimasak bersama potongan mangga dan santan.

resepi aiskrim

Aiskrim Goreng

Bahan-bahan :
10 keping roti putih
5 scope aiskrim (apa-apa perisa)
Plastik wrap ( untuk bungkus roti)
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuatnya :
1. Lembabkan roti dengan air atau gelekkan roti tersebut untuk mendapatkan roti yang sederhana padat.
2. Skopkan aiskrim ke atas roti ditengah-tengahnya.
3. Tutupkan aiskrim dengan sekeping roti lagi.
4. Tekan menggunakan cawan plastik supaya roti terputus. Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar. Buang lebihan roti yang berada di sekeliling cawan. 
5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman.
6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan goreng terlalu lama. Paling kurang 1-2 minit sahaja tetapi pastikan minyak betul-betul panas. Sedia untuk dinikmati.

Aiskrim Asam Ko

Bahan-bahan :

Beberapa biji  buah asam ko
Gula
Air secukupnya

Cara Membuatnya :

1. Larutkan gula di dalam air panas. Kemudian masukkan air masak hingga cukup rasa manisnya seperti yang dikehendaki.
2. Masukkan sebiji buah asam ko ke dalam plastik aiskrim. Jika hendak jimat, boleh dibelah dua dan masukkan sebelah sahaja.
3. Seterusnya, tuangkan air gula yang dibancuh tadi. Ikat hujung plastik tersebut dengan kemas.
4. Bekukan hingga keras dan sedia untuk dinikmati.

Aiskrim Kelapa Muda

Bahan-bahan :

Buah kelapa muda (ambil isi dan airnya)
Air gula secukupnya
Plastik aiskrim

Cara Membuatnya :

Campurkan air kelapa muda bersama air gula secukup rasa.

Masukkan air gula hingga air kelapa terasa manis dan enak.
 
Tuangkan air tersebut ke dalam plastik aiskrim dan masukkan sedikit isi kelapa. Ikat dengan kejap.
 
Kemudian, bolehlah dibekukan di dalam peti sejuk.
 
Enak dinikmati ketika cuaca panas dan boleh disimpan lama.

Aiskrim Kacang Hijau

Bahan-bahan :
2 ½ cawan kacang hijau (direndam semalaman)
1 biji kelapa dijadikan santan
1 ½ cawan gula merah
Gula pasir secukupnya
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)
Cara Membuatnya :
Rebus kacang hijau sehingga empuk.
Sementara itu, masak gula merah bersama sedikit air sehingga semua gula larut. Tutup api dan tapis menggunakan penapis.
Setelah kacang hijau empuk, masukkan gula merah yang dimasak tadi bersama gula pasir secukupnya.
Masukkan pula santan, sedikit garam dan juga daun pandan.
Tunggu hingga mendidih. Tutup api dan dibiarkan sejuk. Setelah itu, boleh dimasukkan ke dalam plastik dan dibekukan dalam peti sejuk.
 

Aiskrim Goreng Salut Bread Crum

Bahan-Bahan

-4 keping roti
-aiskrim kegemaran
-bread crum secukupnya
-1 biji telur [ dipukul sedikit ]
Cara-Cara
  1. Ratakan roti hingga leper.
  2. Letak aiskrim ditengah-tengah roti yang leper tersebut.
  3. Tutup aiskrim dengan sekeping roti lagi.
  4. Tekap dengan gelas getah. Pastikan kedua-dua belah roti bercantum supaya aiskrim tak meleleh keluar.
  5. masukkan kedalam bekas plastik dan simpan semalaman dalam tempat sejuk beku.
  6. Setelah semalaman, keluarkan dari peti sejuk. Pukul telur, salut seluruh aiskrim dan golek-golek atas bread crum.
  7. Simpan semula di tempat sejuk beku sehingga sedia digoreng.
  8. Masa nak goreng, pastikan minyak betul-betul panas dengan api kuat. Goreng kurang dari satu minit supaya aiskrim tak cair.
  9. Sedia dinikmati.

    Aiskrim Float

    Bahan-Bahan
    Bahan-Bahan
    -sirap ros
    -minuman berkarbonat perisa aiskrim soda
    -aiskrim perisa strawberi
    -kiub ais secukupnya
    Cara-Cara
    1. Masukkan kiub ais kedalam gelas.
    2. Tuang sedikit sirap dan kemudian masukkan air berperisa aiskrim soda.
    3. Ambil satu scoop aiskrim dan letak di tengah gelas.
    4. Sedia dinikmati.

    HOME MADE ICE-CREAM

    Bahan-bahannya
    1 tin susu pekat manis-505ML
    1 1/2 Tin air ( GUNA TIN SUSU TADI)
    2 sudu besar ovalet
    1 biji kuning telur
     perisa/ pewarna/ buah-buahan segar
    ** Untuk kali ini saya gunakan pes strawberi, coklat emulco dan       perisa keladi

    Caranya
    Pukul kuning telur dan ovalet sehingga kembang menggunakan pembancuh kuih.Masukkan susu pekat manis dan air- bancuh sehinggan sebati.
    Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut perisa yang dikehendaki. Dan ini yang dah siap dituang ke dalam bekas...berlapis-lapis lagi dan kemudiann meletakkan buah-buahan segar didalamnya dan rasanya tidak mengecewakan. Cubalah dengan buah-buahan kegemaran anda.
    Sejukkan di dalam peti ais semalaman.
    Bolehlah dihias dan dihidangkan. 


    Aiskrim Coffeemate


    Bahan-bahan :

    200 gram coffeemate (1 bungkus)
    1 liter susu UHT Dutch Lady apa-apa perisa (1 kotak besar)
    Coklat urai (jika suka)


    Cara Membuatnya :

    1. Campurkan kedua-dua bahan ke dalam blender dan kisarkan sehingga berbuih.

    2. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga separuh beku.

    3. Selepas itu, masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi sehingga hancur.

    4. Masukkan ke dalam bekas dan taburkan coklat urai di atasnya.

    5. Sejukkan sehingga beku. Sedia untuk dinikmati.                                                                              

    homemade ice cream

    Bhn2 (dapat satu tupperware besar)
    1/2 cwn fresh cream
    1/2 cwn susu cair
    1/4 cwm susu pekat
    1/4 cwn air kosong
    1 1/2 sb emulco (coklat/jagung/starwberry.. etc )
    1 sb ovallet

    Cara2 nyer..
    campur suma bahan mix ngn mixer sampai gebu dan naik 2x ganda.. simpan dalam pembeku...

    Senang sangat kan.....

Tosei

Bahan:
3 cawan tepung beras
1 cawan kacang uluntu (beli yang telah dikupas kulit)
1 cawan nasi sejuk
1 sudu halba
1 sudu kecil  garam
Cara:
Kacang uluntu dan halba direndam sekurang-kurangnya 6 jam (nor rendam petang…lepas balik kerja, malam sebelum tidur kisar pula). Kisar kacang uluntu, halba dan nasi dengan air. Peram semalaman. Pagi tu cedok sikit dulu dan masukkan garam dan tambah air jika perlu. Agak2 kecairan menyamai adunan kuih dadar. . Panaskan kuali leper hingga betul2 panas. Sapukan kuali leper dengan sedikit minyak (Nor sapu dengan bawang besar yang dibelah dua) . Tuangkan sesenduk adunan. Buat pusingan bulat dengan senduk. Seminit dua dah masak…. Makan dengan kuah sardin atau kari… kalau nak resepi cabai nyok ada dalam blog mamak aji… Nor tak bubuh lagi sebab Nor tak cuba lagi…
P/S: Kalau ada lebih,  simpan adunan dalam peti sejuk, jangan masukkan garam, kalau nak masak baru masukkan garam.

Udang Mentega (Butter Prawn)

Bahan:
Udang sederhana besar (buang kepala dan ekor)
Mentega
Minyak Masak
3 biji kuning telur (dipukul dengan sedikit garam)
Susu cair
Garam kunyit
Gula
Daun kari
Cili api (dipotong kecil)
Bawang besar atau bawang merah (dimayang)
Cara:
a. Masukkan mentega & minyak dalam kuali. Masukkan telur perlahan2 sambil tangan sebelah lagi mengacau telur tersebut dengan cara pusingan berulang yang pantas. Angkat dan sejat. Ketepikan.
b. Goreng udang yang telah digaramkunyitkan hingga kuning. Angkat dan ketepikan.
c. Masukkan mentega & minyak dalam kuali. Masukkan bawang. Masak hingga layu. Masukkan daun kari. Goreng hingga garing. Masukkan cili api dan goeng hingga garing. Tuangkan sedikit susu sejat dalam kuali dan kacau. Masukkan udang goreng tadi dan kacau. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
d. Taburkan telur (egg floss) dalam udang dan gaulkan. Taburkan gula. sedia untuk dimakan

Ikan Keli Rebus Sambal Belacan

Resepi: Mak
Bahan A :
Ikan Keli atau anak2 ikan
Asam Keping/Gelugor
Garam/Gula
Bahan B (dimesin kasar atau ditumbuk kasar) :
Cabai Melaka
Cabai Hidup
Bawang (sikit saja)
Cara-caranya:
Rebus kesemua bahan A dan B dan setelah masak, angkat dan hidangkan.                                                 

Pizza

 Bahan untuk roti piza (pizza based):
1 mug tepung gandum(mug besar biasa tu)
1/2 bungkus mauripan
1/2 mug air garam (secukup rasa & nanti tuang sikit2 mengikut lembut yg anda nak)
cara:
campur tpg ngan mauripan…boh air garam sikit2 sambil uli…uli rata, biar setengah jam-45 minit….sediakan loyang atau tudung periuk leper…sapu minyak…ambil tepung yg uli tadi, penyet2 & tempek atas loyang….pastu sapu sos cili atasnya  (bleh gak kalau takboh sos dulu, lepas masak baru boh). tabur bawang besar (dadukan), cili hidup (hiris kecik2), nenas dipotong kecil, daging burger yang dihancurkan (atau daging cincang goreng tanpa minyak dulu bagi separuh masak & campur garam & lada hitam sikit untuk bagi rasa)….kalau ada cendawan butang & sosej boh la…last tabur cheese (nor guna cheesedale yg digunting2 kecil2…ada juga jual sekarang cheese yang dah siap diparut…kira timbang)…pastu bakar 180 darjah selama 35-45 minit…nyum2
*daging cincang boleh diganti dengan daging burger…lagi sedap
P/S: Lagi senang buat pizza atas tudung periuk yang takda tangkai tu sebab nak potong senang.

SAMBAL LENGKUAS (macam serunding)

Bahan:
2 cawan lengkuas
10 batang serai (kisar)
30 tangkai cili kering (kisar)
600gram bawang besar (dimayang)
300 gram ikan bilis (ditumbuk kasar)
1 biji kelapa dijadikan kerisik (dikisar)
5cm belacan (dikisar)
5cm halia (dikisar)
sedikit air asam jawa
3 senduk minyak masak
CARA:
Lengkuas dikisar dan direbus hingga didih, tapis dan buang airnya. Ketepikan.
Panaskan minyak tumis sebahagian bawang hingga naik bau.
Campur kesemua bahan kisar, ikan bilis dan bancuh dengan air asam jawa.
Masak dengan api perlahan selama 1 jam tetapi hendaklah selalu dikacau agar sambal rata dan tidak hangit.

Ikan Pari Masak Asam Tumis

Ikan Pari
Cabai hidup
Bawang merah/ bawang besar
Halia
Air asam jawa
Daun kesum/cenohom
Serai (diketuk)
Bunga Kantan
Terung/Bendi
Cara-caranya:
Mesin cabai, bawang & halia…Tumiskan bahan-bahan tersebut dengan serai. Masukkan air, air asam jawa dan ikan. Setelah mendidih masukkan daun kesum, bunga kantan & terung atau bendi. Masukkan garam dan gula.

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Bahan-bahan :

1 ekor ikan patin
3 sudu besar tempoyak
10 biji cili api {ditumbuk}
3 ulas bawang kecil {ditumbuk}
10 helai daun kesom
1 kuntum bunga kantan
Garam
Air secukupnya


Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan kecuali ikan ke dalam periuk. Biarkan hingga mendidih.
2. Masukkan ikan dan kacau perlahan hingga masak. Perasakan dengan garam.
3. Siap untuk dihidangkan.

Ikan Kerisi Bersos Cili

Bahan-bahan :

4 ekor ikan kerisi bersaiz sederhana
2 biji bawang besar {dihiris bulat}
3 ulas bawang putih {di cincang halus}
2 biji cili merah {dicincang halus}
3 sudu sos cili
1 sudu kicap manis
Garam dan serbuk kunyit
Minyak

Cara-cara :

1. Ikan digaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng garing, ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan cili hingga naik bau, masukkan bawang besar dan goreng garing.
3. Masukkan sos cili dan kicap, masukkan sedikit air. Apabila sos mendidih dan pekat (ikut suka kepekatannya...), tuangkan ke atas ikan tadi
4. Siap untuk dihidangkan.

Ikan Bawal Goreng Berlada


Bahan-Bahan :

Bahan A

1 ekor ikan bawal {boleh gantikan dengan ikan kerisi, kerapu, siakap, etc}
sedikit garam dan kunyit
minyak {untuk menggoreng}


Bahan B

10 biji cili padi {dikisar}
2 biji cili merah {dikisar}
5 ulas bawang merah {dimayang halus}
2 keping asam keping
Garam dan gula
Perasa

Cara-cara :

1. Gaulkan ikan bersama garam dan kunyit. Goreng garing dan ketepikan
2. Panaskan minyak, tumis bahan B hingga garing
3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa
4. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng
5. Sedia untuk dihidangkan

Puding Roti

Bahan-bahan :

10 keping roti
1 liter susu segar
10 sudu besar gula
1 kotak kecil kismis
2 biji telur
sedikit esen vanilla

Cara-cara :

1. Campurkan susu, gula, telur dan esen vanilla. Kacau rata
2. Susun roti yang telah di potong kecil ke dalam loyang, taburkan kismis, tuangkan adunan dan biarkan roti menyerap
3. Bakar pada suhu 160 darjah sehingga keperangan (lebih kurang 40 minit)
4. Siap untuk dihidangkan

sambal ikan bilis

Sambal Ikan Bilis 

Bahan-bahan :

100 gm ikan bilis
2 biji cili merah
10 biji cili api
3 ulas bawang merah
1 biji limau kasturi
Garam dan gula

Cara-cara :

1. Tumbuk cili api, cili merah, bawang dan ikan bilis sehingga hancur.
2. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Perah jus limau, gaul rata.
4. Siap untuk dihidangkan                                                   

Masak Lemak Putih Sayur Manis dan Keledek

Bahan-bahan :

1 ikat sayur manis
2 biji keledek {dipotong kecil}
2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar {dihiris}
2 ulas bawang putih {dihiris}
1 biji cili merah {dihiris}
5 ekor ikan bilis sederhana besar
Garam

Cara-cara :

1. Masukkan keledek bersama santan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan cili merah, bawang putih, bawang besar, ikan bilis dan sayur manis. Perasakan dengan garam.
3. Kacau seketika dan siap untuk dihidangkan.                                                                            
udang  masak kari Bahan-bahan :

500 gm udang sederhana besar
secekak kacang buncis/kacang panjang
1/2 cawan santan pekat
1 paket serbuk kari
2 biji bawang besar [dihiris]
3 ulas bawang putih  [dihiris]
5 cm halia [diracik]
Jus asam jawa
Garam
Perasa
2 camca minyak
Air secukupnya

Cara-caranya :

1. Bersihkan udang, potong kacang buncis, ketepikan
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga naik bau dan garing. Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan udang, kacang buncis, santan dan jus asam jawa. Masukkan air secukupnya, biarkan hingga mendidih.
4. Perasakan dengan garam dan perasa.
5. Sedia untuk dihidangkan.